KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia awal pagi tadi.

Memetik laporan portal Astro Awani, perkara ini disahkan adik Mahadzir, Ida Lokman ketika dihubungi.

Allahyarham meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

“Mahadzir berada di KK atas urusan kerjaâ€, menurut Ida.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.