RANGKAIAN lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan angka penumpang sebanyak 11.8 juta orang pada Ogos 2018, naik 2.9 peratus dari tahun ke tahun.

MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, trafik antarabangsa merekodkan sejumlah 5.6 juta penumpang dengan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 3.2 peratus, manakala trafik domestik melonjak 2.7 peratus dari tahun ke tahun kepada 6.1 juta penumpang.

Berdasarkan 12 bulan, rangkaian la­pangan terbang MAHB mencatatkan per­tumbuhan lima peratus dengan 132 juta penumpang.

Lapangan terbang di Malaysia merekodkan pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 0.9 peratus pada Ogos 2018 dengan seramai 8.5 juta penumpang.

Jumlah pergerakan pesawat melonjak 6.3 peratus dari tahun ke tahun.