Update 07:36 date 16/10/2018
SUKAN | 12 Oct, 2018 | 10:06

Malaysia tuan rumah kelayakkan AFC B23

Malaysia dipilih sebagai salah satu tuan rumah dalam aksi kelayakan Kejohanan AFC bawah 23 (B23), pada Mac tahun depan. Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John sebentar tadi sekali gus menyaksikan skuad bola sepak B23 kendalian Datuk Ong Kim Swee beroleh motivasi terbaik bermain di gelanggang sendiri. “Malaysia telah dipilih bersama […]

Malaysia dipilih sebagai salah satu tuan rumah dalam aksi kelayakan Kejohanan AFC bawah 23 (B23), pada Mac tahun depan.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John sebentar tadi sekali gus menyaksikan skuad bola sepak B23 kendalian Datuk Ong Kim Swee beroleh motivasi terbaik bermain di gelanggang sendiri.

“Malaysia telah dipilih bersama dengan 11 lagi negara lain untuk menjadi tuan rumah dalam pusingan kelayakkan.

“Tiga pasukan yang akan berada satu kumpulan dengan Malaysia akan diundi kemudian,” katanya.

Pemenang dalam pusingan kelayakan ini akan mara ke peringkat akhir yang akan diadakan di Thailand pada Januari 2020 selain tiga pasukan terbaik akan layak ke Olimpik Tokyo.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/malaysia-tuan-rumah-kelayakkan-afc-b-23/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA