Update 23:56 date 22/07/2018
SUKAN | 07 Jul, 2018 | 01:02

Martinez puji pemain Belgium bijak ikut kehendak taktikal

PENGURUS Belgium, Roberto Martinez memuji pemainnya selepas kemenangan suku akhir Piala Dunia 2-1 ke atas Brazil. Martinez beralih dari pembentukan 3-4-2-1 ke 4-3-3 untuk perlawanan tersebut, dengan Kevin De Bruyne diletakkan sebagai ‘false nine’ dalam melakukan serangan. Strategi tersebut membuahkan hasil yang baik dengan De Bruyne berjaya menghadiahkan satu lagi jaringan selepas gol sendiri yang […]

PENGURUS Belgium, Roberto Martinez memuji pemainnya selepas kemenangan suku akhir Piala Dunia 2-1 ke atas Brazil.

Martinez beralih dari pembentukan 3-4-2-1 ke 4-3-3 untuk perlawanan tersebut, dengan Kevin De Bruyne diletakkan sebagai ‘false nine’ dalam melakukan serangan.

Strategi tersebut membuahkan hasil yang baik dengan De Bruyne berjaya menghadiahkan satu lagi jaringan selepas gol sendiri yang disumbat oleh Fernandinho.

Dua gol itu sudah cukup untuk Belgium mengawal permainan dengan selesa, sebelum Renato Augusto berjaya menyumbang satu gol untuk Brazil tidak lama selepas itu.

Ketika pujian diberikan kepada Martinez kerana strategi taktikalnya berjaya memberikan kemenangan kepada Belgium, selain bersetuju dengan pandangan tersebut, dia pantas memberikan pujian kepada para pemainnya yang bijak membaca kehendaknya.

Martinez berkata: “Pelaksanaan taktik sebenarnya yang penting. Pelaksanaannya adalah luar biasa. Saya berasa amat bangga.

Tite (tengah) memegang tangan penjaga gol Brazil, Ederson pada perlawanan suku akhir menentang Belgium. – AFP

“Mereka luar biasa. Anda harus menerima bahawa Brazil memiliki kemahiran tersendiri dan berkualiti serta mampu menewaskan anda.

“Tapi mereka tidak menerimanya begitu sahaja. Saya tidak fikir mereka akan berputus asa walaupun selama seminit.

“Ini adalah sesuatu yang istimewa. Mereka layak menjadi sangat istimewa di Belgium. Saya harap semua orang di Belgium sangat berbangga,” kata pengurus itu.

Sementara itu, jurulatih Brazil, Tite, menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.

Tite berkata dalam sidang akhbar selepas perlawanan: “Ia adalah satu permainan hebat dengan dua pasukan yang mempunyai kualiti teknikal yang luar biasa.

“Dengan kesakitan yang saya rasa, sukar untuk datang untuk bercakap dengan anda, tetapi jika anda suka bola sepak, anda perlu menonton permainan ini.

“Kami telah mencipta banyak peluang. Namun, daripada segi keberkesanan permainan, kami tidak dapat menterjemahkannya dalam bentuk gol. Tapi mereka (Belgium) berjaya lakukannya,” kata Tite. – Mail Online UK

http://www.mstar.com.my/sukan/fanatik-bola-2018/2018/07/07/martinez-puji-pemain
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA