Update 01:55 date 23/07/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 05:00

Mereka silap besar perkecilkan kami – Modric

KAPTEN Croatia, Luka Modric membidas kumpulan media dan pengulas sukan Inggeris yang tidak menghormati pasukannya. Bagaimana pun jelas pemain veteran berusia 32 tahun itu, kritikan yang dilemparkan kepada pasukannya itu diambil sebagai motivasi bagi mereka untuk menumpaskan England dalam saingan separuh akhir Piala Dunia tahun ini. Pemain tengah Real Madrid itu teruja dengan kecekalan rakan-rakan […]

KAPTEN Croatia, Luka Modric membidas kumpulan media dan pengulas sukan Inggeris yang tidak menghormati pasukannya.

Bagaimana pun jelas pemain veteran berusia 32 tahun itu, kritikan yang dilemparkan kepada pasukannya itu diambil sebagai motivasi bagi mereka untuk menumpaskan England dalam saingan separuh akhir Piala Dunia tahun ini.

Pemain tengah Real Madrid itu teruja dengan kecekalan rakan-rakan sepasukannya yang berjaya mencatat kemenangan dalam tempoh masa tambahan.

“Orang akan bercakap…wartawan Inggeris, pengulas di televisyen. Mereka memperkecilkan Croatia malam ini dan ia satu kesilapan besar. Semua perkataan yang dikatakan itu kami ambil, baca dan berkata: ‘Ok, hari ini kita akan lihat siapa yang akan penat’.

“Mereka sepatutnya lebih merendah diri dan menghormati pihak lawan.

“Kami turun dan tunjuk kami tidak penat malah mendominasi permainan secara fizikal dan mental.

“Kami sepatutnya ‘membunuh’ permainan sebelum masa tambahan. Ini adalah pencapaian menakjubkan buat kami – mimpi menjadi kenyataan setelah sekian lama.

“Kami kini berada di pentas akhir dan pencapaian terbesar dalam sejarah Croatia. Kami patut berbangga dengan ini,” ujar Modric kepada ITV.

Croatia menang 2-1 ke atas England setelah permainan diheret ke masa tambahan selepas terikat seri 1-1 dalam masa sebenar perlawanan.

http://www.mstar.com.my/sukan/fanatik-bola-2018/2018/07/12/modric-bidas-media-inggeris
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA