Update 19:53 date 17/08/2018
SUKAN | 10 Aug, 2018 | 15:30

Mifa terus mengganas, JDT bangkit raih kemenangan

MIFA terus melakar kejutan dalam saingan Unifi Piala Malaysia selepas menjadikan Kelantan sebagai mangsa terbaharu dengan kemenangan 2-0 pada saingan Kumpulan C, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. Menumpaskan juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 Sabtu lalu, gol pada setiap babak dijaringkan Kpah Sherman melalui sepakan penalti pada minit ke 25 dan […]

MIFA terus melakar kejutan dalam saingan Unifi Piala Malaysia selepas menjadikan Kelantan sebagai mangsa terbaharu dengan kemenangan 2-0 pada saingan Kumpulan C, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Menumpaskan juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 Sabtu lalu, gol pada setiap babak dijaringkan Kpah Sherman melalui sepakan penalti pada minit ke 25 dan rembatan deras dari pemain gantian, P Satrunan (m75) sudah cukup memastikan tiga mata buat tuan rumah.

Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan seimbang dengan melancarkan serangan memburu gol.

Tuan rumah memperolehi gol pertama hasil sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Kelantan dalam kawasan penalti dan mudah disempurnakan Kpah Sherman untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohamad Faridzuean Kamaruddin.

Gol tersebut nyata menyemarakan semangat pasukan tuan rumah yang terus melancarkan serangan memburu gol kedua namun kekentalan benteng pertahanan Kelantan menafikan hasrat tersebut.

Kelantan juga tidak ketinggalan melakukan serangan namun ketumpulan jentera serangan dan kekurangan daya kreativiti memastikan keputusan terus kekal dengan tuan rumah mendahului pelawat 1-0 pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Kelantan cuba mencari gol penyamaan namun sebaliknya berlaku apabila tuan rumah berjaya menggandakan kelebihan pada minit ke 75 selepas P Satrunan merembat deras bola dari luar kotak penalti untuk memastikan Mohamad Faridzuean mengutip bola dalam gawang sendiri buat kali kedua.

Kemenangan ini memastikan Mifa mengukuhkan kedudukannya selaku peneraju Kumpulan C dengan enam mata selepas dua perlawanan manakala hanya satu mata selepas dua perlawanan.

Sementara itu satu lagi aksi dalam kumpulan yang sama di Stadium Larkin, JDT bangkit meraih kemenangan dengan membenam cabaran Kedah, 5-1 untuk berada dikedudukan kedua dibelakang Mifa.

Gol Harimau Selatan dijaringkan Fernando Andres Marquez (m12), Natxo Insa (m46),Hazwan Bakri (m71) Gonzalo Cabrera (m81) dan S Kunanlan (m91) manakala gol saguhati pelawat dijaringkan Sandro Da Silva (m34).

Komen anda

http://www.sukansinar.com/mifa-terus-mengganas-jdt-bangkit-raih-kemenangan/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA