Update 03:53 date 20/08/2018
SUKAN | 19 Jul, 2018 | 13:32

Misi hidup mati TRW

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD KELANTAN berdepan misi hidup mati ketika pasukan itu sedaya-upaya berusaha keluar daripada zon penyingkiran apabila berdepan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok. Pengendali interim The Red Warriors, Yusri Che Lah mengakui pasukannya tidak ada pilihan selain mengutip mata walaupun skuad Harimau […]

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

KELANTAN berdepan misi hidup mati ketika pasukan itu sedaya-upaya berusaha keluar daripada zon penyingkiran apabila berdepan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Pengendali interim The Red Warriors, Yusri Che Lah mengakui pasukannya tidak ada pilihan selain mengutip mata walaupun skuad Harimau Selatan itu berada dalam ‘mood’ gembira untuk menjulang kejuaraan kali kelima di hadapan penyokong mereka.

“Kemenangan Negeri Sembilan ke atas Selangor memberi tekanan kepada kami untuk mendapatkan mata sekurang-kurangnya mengejar kedudukan ke-10 dan dalam masa sama tidak mahu tercicir ke kempen Piala Malaysia.

“Dan misi kami ke Larkin sememangnya mahu mendapatkan mata, satu mata itu adalah sesuatu yang lebih baik tetapi jika tiga mata ia sangat bermakna buat Kelantan,†katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Kelantan kini terikat 15 mata dengan Negeri Sembilan namun menghuni tangga tercorot berdasarkan perbezaan jaringan bolos dan wajib menang tiga perlawanan sambil mengharapkan Selangor serta Kuala Lumpur tewas dalam baki aksi terakhir mereka.

Pengendali berusia 42 tahun itu memberitahu, walaupun berdepan tugas sukar namun dia kekal positif sambil menjelaskan segala-galanya tiada yang mustahil dalam bola sepak.

“Di atas kertas JDT tampak mempunyai kelebihan besar untuk meraih tiga mata namun selagi belum berakhir 90 minit, saya fikir masih ada peluang buat Kelantan.

“Jadi, saya harap semua pemain lebih bermotivasi dan ambillah peluang ini, ia nampak terlalu sukar bila bermain di Larkin bagi mana-mana pasukan tetapi tidak mustahil,†katanya.

Dalam pada itu, Yusri membayangkan akan mempertaruhkan kesebelasan sama yang diturunkan dalam dua pertemuan terdahulu untuk menyaingi kehebatan skuad Raul Longhi.

Menurutnya, kehadiran semula dua tonggak muda, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Mohd Syaiful Alias yang membantu skuad bawah 19 tahun negara merangkul kejuaraan Piala AFF di Indonesia, minggu lalu, menyuntik kekuatan pasukannya.

“Saya masih lagi berpegang kepada winning team dan kemungkinan besar mengekalkan sebahagian besar pemain sama. Kemasukan Nik Akif Syahiran membolehkan saya mengatur perancangan terbaik untuk pasukan mendapat positif, malam esok,†katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/misi-hidup-mati-trw/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA