Update 00:00 date 23/07/2018
SUKAN | 02 Jul, 2018 | 10:48

Modric perlu diberikan perhatian

Modric cemerlang memimpin pasukan untuk melangkah ke pusingan seterusnya. KETUA pasukan Croatia, Luka Modric yang mempamerkan aksi cemerlang memimpin pasukan ketika ini mungkin memenangi gelaran Ballon d’Or jika pemain ini mewakili Sepanyol atau Jerman. Kenyataan ini disuarakan rakan sepasukan, Dejan Lovren yang percaya jaringan kedua kaptennya itu ketika membantu menewaskan Argentina, 3-0 begitu istimewa. “Modric […]

Modric cemerlang memimpin pasukan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

KETUA pasukan Croatia, Luka Modric yang mempamerkan aksi cemerlang memimpin pasukan ketika ini mungkin memenangi gelaran Ballon d’Or jika pemain ini mewakili Sepanyol atau Jerman.

Kenyataan ini disuarakan rakan sepasukan, Dejan Lovren yang percaya jaringan kedua kaptennya itu ketika membantu menewaskan Argentina, 3-0 begitu istimewa.

“Modric mungkin mendapat lebih perhatian jika dilahirkan di Jerman atau Sepanyol , mungkin dia sudah memenangi Ballon d’Or.

“Tetapi disebabkan negara kami lebih kecil, kehebatannya tidak begitu dipedulikan. Dia tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Modric adalah seorang pemain hebat.

“Satu penghormatan bagi saya untuk bermain bersamanya, ketika ini dia adalah antara pemain terbaik dunia,†ujarnya.

Modric muncul antara pemain paling menyerlah di Piala Dunia setakat ini, menjaringkan gol dalam dua perlawanan awal bagi membolehkan Croatia memimpin Kumpulan D.

Jaringan keduanya dianggap cukup menarik apabila ia dihasilkan pada jarak 25 ela dan membantu kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Argentina sekali gus melengkapkan duka Lionel Messi – pemenang lima gelaran Ballon d’Or.

Croatia layak ke pusingan kalah mati dan perbezaan jaringan besar bermakna kedudukan selaku juara kumpulan juga seakan sudah berada dalam tangan sekali gus membuatkan jurulatih, Zlatko Dalic merehatkan sebahagian besar pemain utama untuk bertemu Iceland, awal pagi esok.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/modric-perlu-diberikan-perhatian/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA