Update 21:32 date 15/08/2018
BERITA | 16 Jul, 2018 | 06:02

Mohamad Sabu minta kementeriannya disiasat – Ambrin

AMBRIN: Jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kes perolehan dan pembelian aset yang dirasakan mencurigakan, sebarang dakwaan salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara. – BERNAMA/Fail PUTRAJAYA: Tumpuan Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan ke atas Kementerian Pertahanan ialah kerana ia merupakan permintaan Menteri Pertahanan sendiri iaitu Mohamad Sabu, kata pengerusinya, Tan Sri Ambrin Buang. Kata bekas […]

Mohamad Sabu minta kementeriannya disiasat - Ambrin

AMBRIN: Jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kes perolehan dan pembelian aset yang dirasakan mencurigakan, sebarang dakwaan salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara. – BERNAMA/Fail

PUTRAJAYA: Tumpuan Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan ke atas Kementerian Pertahanan ialah kerana ia merupakan permintaan Menteri Pertahanan sendiri iaitu Mohamad Sabu, kata pengerusinya, Tan Sri Ambrin Buang.

Kata bekas Ketua Audit Negara itu, jawatankuasa ini bukan ditubuhkan untuk mencari kesalahan pentadbiran kerajaan lalu, namun ia lebih kepada bagaimana untuk mengesyorkan agar salah laku tidak berulang lagi.

“Jawatankuasa ini diberi mandat oleh Kerajaan untuk menyiasat kes perolehan dan pembelian aset yang dirasakan mencurigakan, sebarang dakwaan salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara.

“Ianya juga akan mengesyorkan tadbir urus kewangan lebih baik dan langkah membasmi ketirisan negara,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

BERITA MENYUSUL

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohamad-sabu-minta-kementeriannya-disiasat-ambrin-180585
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA