Update 01:52 date 23/07/2018
BERITA | 12 Jul, 2018 | 15:00

MOTAC buka penyertaan tambah baik logo Tahun Melawat Malaysia 2020

Datuk Mohamaddin ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MOTAC yang diadakan di ibu negara pada Khamis KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka penyertaan kepada orang ramai menambah baik logo Tahun Melawat Malaysia 2020 sedia ada. Menurut menterinya Datuk Mohamadin Ketapi, rekaan logo tersebut masih di peringkat awal dan perubahan boleh dilakukan dalam […]

MOTAC buka penyertaan tambah baik logo Tahun Melawat Malaysia 2020

Datuk Mohamaddin ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MOTAC yang diadakan di ibu negara pada Khamis

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka penyertaan kepada orang ramai menambah baik logo Tahun Melawat Malaysia 2020 sedia ada.

Menurut menterinya Datuk Mohamadin Ketapi, rekaan logo tersebut masih di peringkat awal dan perubahan boleh dilakukan dalam tempoh dua tahun ini sekiranya terdapat idea-idea baharu yang lebih menarik.

Tambahnya, pihaknya akan mengumumkan dalam masa terdekat bagaimana orang ramai boleh menghantar penyertaan masing-masing ke kementeriannya.

“Penyertaan itu kita buka kepada orang Malaysia dari dalam atau luar negara.

“Kita akan adakan mesyuarat dalam menentukan cara bagaimana penyertaan boleh sampai kepada kita,” jelasnya ketika ditemui ketika Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MOTAC yang di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, masyarakat menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilihat tidak mencapai standard.

Dalam pada itu, Mohamaddin turut memaklumkan bahawa kementeriannya masih lagi mengkaji semula cukai pelancongan bagi pelancong luar negara.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/motac-buka-penyertaan-tambah-baik-logo-tahun-melawat-malaysia-2020-180317
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA