ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

1Malaysia Development Berhad (1MDB) di kediamannya di Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri berharap, bekas Presiden UMNO itu dibicarakan secara adil dan telus oleh pihak berkuasa.

“Biar undang-undang tentukan nasib Najib sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Di dalam negara ini sesiapa sahaja tidak boleh lari daripada undang-undang,†katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Petang tadi, Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Najib dan memaklumkan bahawa pendakwaan berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. akan dijalankan esok, pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Zahidi berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi mengambil pendekatan memusuhi UMNO memandangkan kebanyakkan ahli dan pemimpinnya masih menghormati beliau sebagai bekas Presiden UMNO.

Katanya, Dr. Mahathir hanya mempunyai masalah dengan Najib bukan dengan ahli UMNO yang rata-ratanya mengenang jasa Perdana Menteri itu dalam membela nasib orang Melayu selama ini.

“Dalam masa sama, saya juga berharap Dr. Mahathir akan terus membawa agenda Melayu sebagaimana yang ditunjukkannya semasa memimpin UMNO dahulu,†katanya. – UTUSAN ONLINE