Update 19:52 date 17/08/2018
DUNIA | 10 Aug, 2018 | 11:08

Nasa dedah rancangan ‘berani mati’, mahu ‘sentuh’ matahari

Projek yang menelan kos AS$1.5 bilion (RM6.12 bilion) itu bertujuan untuk mengkaji bahagian luar matahari. FLORIDA: Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Antarabangsa (Nasa) menggariskan rancangan berani mati untuk ‘menyentuh’ matahari menjelang pelancaran misi selama tujuh tahun itu dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada awal pagi esok. Menurut saintis, kapal angkasa digelar Parker Solar […]

Nasa dedah rancangan 'berani mati', mahu 'sentuh' matahari

Projek yang menelan kos AS$1.5 bilion (RM6.12 bilion) itu bertujuan untuk mengkaji bahagian luar matahari.

FLORIDA: Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Antarabangsa (Nasa) menggariskan rancangan berani mati untuk ‘menyentuh’ matahari menjelang pelancaran misi selama tujuh tahun itu dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada awal pagi esok.

Menurut saintis, kapal angkasa digelar Parker Solar Probe itu akan terbang pada jarak 6.16 juta kilometer dari permukaan matahari.

Projek yang menelan kos AS$1.5 bilion (RM6.12 bilion) itu bertujuan untuk mengkaji bahagian luar matahari.

Peralatan Parker Solar Probe juga akan memaparkan medan magnet yang kuat pada matahari serta aliran zarah bermuatan elektrik yang sentiasa dilepaskan ke angkasa dalam ledakan letupan dan mekanisme yang mempercepatkan zarah kepada halaju ekstrem.  

Difahamkan, matlamat utamanya adalah untuk memahami dan dapat meramalkan tingkah laku angin solar yang mencetuskan paparan aurora pada bumi dan kadang kala mencetuskan gangguan pada grid kuasa serta satelit. – Agensi

http://www.astroawani.com/berita-dunia/nasa-dedah-rancangan-berani-mati-mahu-sentuh-matahari-182688
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA