Update 11:41 date 21/09/2018
HIBURAN | 12 Jul, 2018 | 11:06

Netizen sebak Norman Hakim sambut kepulangan anak berbaju Melayu, bawa juadah raya

Norman berkata dia berbaju Melayu serta membawa juadah raya ke lapangan terbang bertujuan memberi mood raya kepada anaknya yang tidak dapat bersama ketika Aidilfitri. Foto IG Norman Hakim KEPULANGAN anak sulung Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim ke tanah air dari Turki amat dinanti-nantikan oleh aktor itu serta seluruh keluarganya. Sepotong video Norman yang menyambut […]

Netizen sebak Norman Hakim sambut kepulangan anak berbaju Melayu, bawa juadah raya

Norman berkata dia berbaju Melayu serta membawa juadah raya ke lapangan terbang bertujuan memberi mood raya kepada anaknya yang tidak dapat bersama ketika Aidilfitri. Foto IG Norman Hakim

KEPULANGAN anak sulung Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim ke tanah air dari Turki amat dinanti-nantikan oleh aktor itu serta seluruh keluarganya.

Sepotong video Norman yang menyambut kepulangan anaknya itu di KLIA semalam telah membuat ramai netizen sebak dan mengalirkan air mata.

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) peribadinya itu menunjukkan Norman segak berbaju Melayu bersama bekas isteri Abby Abadi dan anak perempuan mereka Damia yang masing-masing sedondon berbaju raya rona hitam.

Norman terus mengalirkan air mata sebaik sahaja mendakap anak lelaki itu yang sudah lima bulan berada di Turki bagi menyambung pengajian hafazan.

Lebih sayu, apabila Norman menyuapkan sendiri lemang dan rendang yang dibawanya ke lapangan terbang tersebut.

Menurut Norman tujuan dia berbaju Melayu serta membawa juadah raya ke lapangan terbang itu adalah untuk memberi ‘mood’ raya kepada anaknya yang tidak dapat bersamanya ketika awal Aidilfitri lalu.

Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak selepas menonton video tersebut.
 

 

Kepulangan yang dinanti @danishhakim_243 Al-Hafiz . . ALHAMDULILLAH terima kasih Ya Allah…â¤ï¸ #Part1

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Jul 11, 2018 at 6:16am PDT

 

Kepulangan yang dinanti @danishhakim_243 Al-Hafiz . . ALHAMDULILLAH terima kasih Ya Allah…â¤ï¸ #Part2

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Jul 11, 2018 at 6:28aP

 

 

Off to KLIA to fetch Abang @danishhakim_243 .Siap tapau ketupat,lemang,kuah kacang segala bagai,jumpa nanti terus suapkan dia sbb masa raya hari tu dia makan buah cherry je . . Baju melayu & sampin?Yup,nak bagi dia ‘feel’ suasana hariraya In shaa Allahâ¤ï¸BISMILLAH

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Jul 11, 2018 at 2:06am PDT

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/netizen-sebak-norman-hakim-sambut-kepulangan-anak-berbaju-melayu-bawa-juadah-raya-180250
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA