Terdahulu, usul yang dicadangkan oleh Ketua Menteri, Adli Zahari (Amanah-Bukit Katil) dan disokong ADUN Banda Hilir, Tey Kok Kiew (DAP) itu bagaimanapun berlaku sedikit kontroversi apabila ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan memohon pencerahan berhubung laporan polis berkaitan kes tembakan di tempat awam di Jasin pada tahun 2001 membabitkan Omar.

Bagaimanapun, Adly mencelah dengan menyatakan pemilihan Speaker DUN tersebut adalah hasil daripada penilaian secara komprehensif termasuk mengambil maklum terhadap isu yang dibangkitkan itu.

Sementara itu, ADUN Bemban, Dr. Wong Fort Pin dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN apabila mendapat 14 undian menyokong, manakala 12 ADUN undi berkecuali.

Terdahulu, ADUN Paya Rumput, Mohd. Rafiq Naizamohideen (PPBM-Paya Rumput) mencadangkan nama Fort Pin sebagai Timbalan Speaker DUN sebelum disokong oleh ADUN Machap Jaya, Ginie Lim Sew Lin (PKR-Machap Jaya). – UTUSAN ONLINE