Update 04:45 date 16/07/2018
DUNIA | 12 Jul, 2018 | 08:06

Operasi menyelamat gua Tham Luang difilemkan

Pasukan penyelamat ketika melancarkan operasi SAR di gua Tham Luang. -Gambar fail CHIANG RAI: Operasi menyelamat 12 remaja dan pembantu jurulatih pasukan bola sepak yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, Thailand akan difilemkan. Sebuah syarikat produksi berpangkalan di Los Angeles dilapor telah memulakan temu bual dengan pasukan penyelamat Thum Luang bagi mengumpul maklumat […]

Operasi menyelamat gua Tham Luang difilemkan

Pasukan penyelamat ketika melancarkan operasi SAR di gua Tham Luang. -Gambar fail

CHIANG RAI: Operasi menyelamat 12 remaja dan pembantu jurulatih pasukan bola sepak yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, Thailand akan difilemkan.

Sebuah syarikat produksi berpangkalan di Los Angeles dilapor telah memulakan temu bual dengan pasukan penyelamat Thum Luang bagi mengumpul maklumat awal.

Rancangan itu diumumkan rakan kongsi syarikat produksi filem, Pure Flix, Michael Scott di akaun Twitter miliknya.

Beliau berharap filem ini mampu memberi inspirasi kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

Difahamkan juga  syarikat itu sudah mengadakan perbincangan dengan pelakon dan penulis serta pelabur berminat untuk menerbitkan filem berkenaan.


 

http://www.astroawani.com/berita-dunia/operasi-menyelamat-gua-tham-luang-difilemkan-180258
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA