PELAWAK dan penyampai radio, Issey Fazlisham, 31, memberitahu dia bukan anak kepada pelakon terkenal, Sabri Yunus.

Pun begitu, menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, pelakon Sabri, 57, adalah insan yang membawanya masuk ke bidang seni.

“Hari ni nak clearkan. Ramai orang cakap saya anak @sabriyunus . Ada yang kata pakcik. Tak jugak. Dia sifu saya. Dan orang yang bawak saya masuk industri,” ujarnya di Instagram.

Dalam perkongsian sama Issey turut memperkenalkan anak Sabri yang sebenar.

“Jom kita berkenalan dengan anak Sabri Yunus yang sebenar @muhammad_saidisabri,” tulis Issey lagi.