Keputusan seri itu menyebabkan Pahang terlepas peluang untuk menyamakan pungutan mata dengan penghuni tempat kedua, Perak apabila mengumpul 29 mata berbanding Bos Gaurus 31.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan menghidupkan peluang untuk keluar dari zon penyingkiran apabila menumpaskan naib juara Piala FA musim ini, Selangor.

Shafiq Shaharudin terdahulu meletakkan Red Warriors di depan pada minit ke-36, namun kelebihan tersebut berjaya dipadamkan Selangor menerusi jaringan Sean Selvaraj 42 minit berselang.

Kelantan kemudian mengesahkan tiga mata setelah Muhammad Ashraf sempat menjaringkan gol kemenangan ketika saingan berbaki lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan tersebut membolehkan Kelantan meninggalkan tempat tercorot dan menaiki satu anak tangga untuk kedudukan ke-11 apabila memungut 14 mata, berbeza 5 mata di belakang penghuni ke-10, PKNP FC.

Di Stadium Shah Alam, peluang untuk Negeri Sembilan kekal di saingan liga divisyen satu semakin menipis apabila tewas 3-5 kepada PKNS FC.

Negeri Sembilan kini menghuni tempat tercorot dengan pungutan 12 mata pada ketika berbaki empat perlawanan.- UTUSAN ONLINE