Update 19:59 date 17/08/2018
POLITIK | 05 Aug, 2018 | 13:00

Parti Bersatu cawangan Sarawak ditubuhkan malam ini

Penubuhan jawatankuasa peringkat negeri itu adalah susulan kejayaan penubuhan beberapa Bahagian parti itu di Sarawak sejak minggu lalu. KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Sarawak secara rasminya akan ditubuhkan di Kuching malam ini, menurut jurucakapnya, Shariff Busrah. Penubuhan jawatankuasa peringkat negeri itu adalah susulan kejayaan penubuhan beberapa Bahagian parti itu di Sarawak sejak minggu […]

Parti Bersatu cawangan Sarawak ditubuhkan malam ini

Penubuhan jawatankuasa peringkat negeri itu adalah susulan kejayaan penubuhan beberapa Bahagian parti itu di Sarawak sejak minggu lalu.

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Sarawak secara rasminya akan ditubuhkan di Kuching malam ini, menurut jurucakapnya, Shariff Busrah.

Penubuhan jawatankuasa peringkat negeri itu adalah susulan kejayaan penubuhan beberapa Bahagian parti itu di Sarawak sejak minggu lalu.

Sebelum ini Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan hasrat parti itu untuk melebarkan sayapnya ke negeri ini, memandangkan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan telah mempunyai cawangan di Sarawak.

Lebih menarik, parti itu bukan sahaja ditubuhkan susulan kejayaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, malah lebih penting bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangkakan pada tahun 2021.

Menurut Sharif, mesyuarat penubuhan ini akan berlangsung di Dewan Bangunan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak  (PKMS) dan akan turut dihadiri Ketua Penaja Bersatu Sarawak, Johan Mohamad.

Sebelum ini jawatankuasa penaja Bersatu Sarawak sebulat suara memilih Johan sebagai pengerusi mereka.

Pada mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, Johan dipetik berkata jawatankuasa itu menyasarkan 31,000 ahli baharu dalam tempoh dua bulan menjelang September.

Selain Johan, jawatankuasa itu turut dianggotai dua timbalannya, Shariff Busrah dan Dr Bidin Chee Kifli.

Tiga Naib Pengerusi ialah Ikram Yan, Abang Ahmad Abang Suni dan Henry Simon.

Jawatan Setiausaha pula disandang Hussaini Bujang; Penolong Setiausaha Hasni Khalik; Bendahari, Darmadi Shahminan; Penolong Bendahari, Awang Kasumar Awang Salleh dan Ketua Penerangan, Zakaria Bujang.

 

http://www.astroawani.com/berita-politik/parti-bersatu-cawangan-sarawak-ditubuhkan-malam-ini-182275
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA