Update 20:25 date 19/09/2018
BERITA | 11 Jul, 2018 | 22:04

Pasaran durian Musang King dijangka pulih minggu depan

Pengusaha percaya kejatuhan harga durian Musang King bersifat sementara dan dijangka beransur pulih minggu depan. – Gambar hiasan GUA MUSANG: Harga durian jenis ‘Musang King’ yang merudum sehingga lebih 50 peratus di pasaran sejak bulan lalu dijangka pulih semula minggu depan apabila terdapat permintaan baharu untuk eksport. Pengusaha kebun durian berkenaan di daerah ini menyifatkan […]

Pasaran durian Musang King dijangka pulih minggu depan

Pengusaha percaya kejatuhan harga durian Musang King bersifat sementara dan dijangka beransur pulih minggu depan. – Gambar hiasan

GUA MUSANG: Harga durian jenis ‘Musang King’ yang merudum sehingga lebih 50 peratus di pasaran sejak bulan lalu dijangka pulih semula minggu depan apabila terdapat permintaan baharu untuk eksport.

Pengusaha kebun durian berkenaan di daerah ini menyifatkan kejatuhan harga durian jenis itu antara RM20 dan RM30 sekilogram di pasaran tempatan disebabkan permintaan berkurangan berikutan saingan dengan lambakan durian jenis biasa.

Seorang pengusaha, Chong Yok Fon, 50, percaya kejatuhan harga itu bersifat sementara dan dijangka beransur pulih minggu depan apabila buah durian itu memasuki pasaran eksport.

Beliau berkata sebelum ini durian ‘Musang King’ dieksport ke Singapura, Taiwan, Hong Kong dan China.

“Kejatuhan harga itu sudah biasa berlaku dan apabila harga kembali pulih akan dapat memberi semula keuntungan kepada pengusaha walaupun belum mencapai harga antara RM50 dan RM60 sekilogram,” katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Beliau berkata kebun durian ‘Musang King’ yang diusahakannya di kawasan seluas 20 hektar di Kampung Pulai di sini akan mula mengeluarkan hasil minggu depan.

Katanya, 500 pokok durian yang ditanam sejak 20 tahun lepas dijangka mengeluarkan hasil kira-kira 4,000 biji durian pada tahun ini.

“Memang ada sedikit kemerosotan pengeluaran durian jenis ini di kebun saya tahun ini berbanding tahun lepas yang mencapai 10,000 biji,” katanya.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasaran-durian-musang-king-dijangka-pulih-minggu-depan-180222
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA