Update 17:51 date 24/09/2018
BERITA | 13 Jul, 2018 | 04:04

Pasukan kegemaran jaring gol Piala Dunia, tauke kedai kereta lari tinggal pelanggan

APABILA pasukan kegemaran anda menjaringkan gol di Piala Dunia, apa yang akan anda lakukan? Seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan, Roni Bajraliu, sedang melayan seorang pelanggan yang ingin membeli kereta apabila tiba-tiba mendengar pasukannya menjaringkan gol. Apa yang dia lakukan? Terus bersama pelanggan, bertindak profesional dan menandatangani perjanjian jual beli atau pergi lihat bagaimana gol […]

APABILA pasukan kegemaran anda menjaringkan gol di Piala Dunia, apa yang akan anda lakukan?

Seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan, Roni Bajraliu, sedang melayan seorang pelanggan yang ingin membeli kereta apabila tiba-tiba mendengar pasukannya menjaringkan gol.

Apa yang dia lakukan? Terus bersama pelanggan, bertindak profesional dan menandatangani perjanjian jual beli atau pergi lihat bagaimana gol dijaringkan dan tinggalkan saja pelanggan itu?

CCTV di pejabat Roni merakamkan detik-detik lucu seorang pelanggan yang sedang duduk di kerusinya terpinga-pinga apabila Roni bersorak untuk Switzerland, yang baru saja menjaringkan gol dan meninggalkannya sendirian.

Roni, 24, berkata: “Saya seorang pemilik perniagaan, saya mempunyai seorang pengedar kereta. Semasa saya berurusan dengannya, pasukan saya, Switzerland, menjaringkan gol dalam Piala Dunia. Saya terus lupa segala-galanya dan berlari ke arah TV.

“Saya mendapat banyak reaksi di laman peribadi. Ramai orang fikir ia benar-benar lucu. Saya fikir ia akan jadi perdagangan iklan komersial yang baik untuk Piala Dunia.

“Wanita itu yang sudah membeli kereta juga menjerit ‘go Switzerland’ dan dia tidak pernah menonton bola sepak.

“Saya tinggal dekat Chicago, tetapi saya orang Albania. Ramai orang Albania bermain di Switzerland, mereka adalah pasukan yang hebat,” katanya.

Sepupu Roni, Zadé, menyiarkan video itu di Twitter dengan keterangan: “Sepupu saya sedang bercakap dengan seorang pelanggan dan kemudian terdengar Switzerland menjaringkan gol, dia terus terlupa tentang pelanggannya dan berlari keluar.

Seorang rakannya menulis: “Inilah yang dikatakan minat.”

Satu lagi tweet: “Kamera keselamatan tidak hanya untuk tujuan keselamatan, ia dapat merakamkan momen yang tidak ternilai.” -unilad

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/07/13/pemilik-lari-gol-piala-dunia
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA