Update 21:45 date 15/10/2018
SUKAN | 12 Oct, 2018 | 12:02

Pasukan Liga-M bebas pilih pemain import musim depan

GAMBAR HIASAN Semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M)  bebas memilih mana-mana pemain import untuk didaftarkan dalam pasukan masing-masing bermula musim 2019, demikian menurut badan pengendali liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Ia berikutan keputusan Lembaga Pengarah MFL membatalkan Peraturan 18, Pendaftaran Pemain Asing, Artikel 18.2(f), Manual Liga Malaysia, yang menggariskan syarat kelayakan pengambilan pemain import hanya daripada divisyen yang lebih tinggi dari liga luar negara. Menurut kenyataan MFL hari ini, peraturan itu akan berkuat kuasa mulai tahun depan setelah mendapati pemilihan pemain asing dalam pasukan Liga-M adalah terhad. MFL berkata mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam peraturan tersebut, pasukan yang bertanding terbeban dengan kos untuk mengambil pemain daripada liga luar negara dari divisyen yang lebih tinggi. Justeru, […]

GAMBAR HIASAN

Semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M)  bebas memilih mana-mana pemain import untuk didaftarkan dalam pasukan masing-masing bermula musim 2019, demikian menurut badan pengendali liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ia berikutan keputusan Lembaga Pengarah MFL membatalkan Peraturan 18, Pendaftaran Pemain Asing, Artikel 18.2(f), Manual Liga Malaysia, yang menggariskan syarat kelayakan pengambilan pemain import hanya daripada divisyen yang lebih tinggi dari liga luar negara.

Menurut kenyataan MFL hari ini, peraturan itu akan berkuat kuasa mulai tahun depan setelah mendapati pemilihan pemain asing dalam pasukan Liga-M adalah terhad.

MFL berkata mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam peraturan tersebut, pasukan yang bertanding terbeban dengan kos untuk mengambil pemain daripada liga luar negara dari divisyen yang lebih tinggi.

Justeru, badan pengendali itu berkata pembatalan peraturan itu membolehkan pasukan Liga-M musim 2019 mendaftarkan asing yang berkualiti daripada divisyen yang lebih rendah supaya tidak terbeban dengan kos yang tinggi.

Menurut kenyataan itu, pembatalan peraturan itu juga mampu membuka peluang kepada pasukan untuk membuat pelaburan sekiranya pemain import muda yang ‘dipancing’ menyinar sekali gus menarik perhatian kelab luar dalam pasaran perpindahan pemain antarabangsa.

“Jika pasukan teliti dan mahir dalam membuat pemilihan pemain asing, mereka (pasukan) berpeluang membuat pelaburan dalam pasaran perpindahan pemain antarabangsa. Peluang ini sukar untuk dilakukan sebelum pembatalan peraturan tersebut,†menurut MFL.

Pada masa sama langkah pembatalan itu juga adalah bagi meningkatkan tahap profesionalisme pasukan Liga-M seperti kelab-kelab profesional di Eropah yang bertanggungjawab memastikan kualiti pemain asing mencapai tahap yang diperlukan dalam persaingan liga.

Bagaimanapun, MFL menjelaskan pemain asing yang hendak didaftarkan untuk bermain dalam Liga-M 2019 wajib memperolehi Visa atau Permit Kerja yang sah serta Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

— BERNAMA

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pasukan-liga-m-bebas-pilih-pemain-import-musim-depan/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA