Update 14:14 date 18/07/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 13:22

Pasukan ‘mayat hidup’, Croatia buktikan dengan kemenangan

Croatia menang 2-1 ke atas England setelah permainan diheret ke masa tambahan selepas terikat seri 1-1 dalam masa sebenar perlawanan. KAPTEN pasukan Croatia, Luka Modric mengakui kemenangan pasukannya ke atas England pada aksi suku akhir malam tadi telah menutup mulut media Inggeris yang sebelum ini banyak mengkritik pasukannya. Menurut laporan antarabangsa, Modric berkata, pasukannya sering […]

Pasukan 'mayat hidup', Croatia buktikan dengan kemenangan

Croatia menang 2-1 ke atas England setelah permainan diheret ke masa tambahan selepas terikat seri 1-1 dalam masa sebenar perlawanan.

KAPTEN pasukan Croatia, Luka Modric mengakui kemenangan pasukannya ke atas England pada aksi suku akhir malam tadi telah menutup mulut media Inggeris yang sebelum ini banyak mengkritik pasukannya.

Menurut laporan antarabangsa, Modric berkata, pasukannya sering mendapat gelaran yang tidak baik daripada media Inggeris dan perkara itu menjadi motivasi pada pasuan mereka.

“Wartawan dan pengulas bola sering mengatakan kami sering keletihan dan ada yang mengelar pasukan kami sebagai mayat hidup.

“Kata-kata yang diberikan itu sebenarnya tidak menjatuhkan kami sebaliknya memberi semangat untuk terus berjaya.

“Kami akhirnya berjaya membuktikan bahawa mereka silap dan mereka sepatutnya lebih menghormati pasukan lain.

“Kemenangan dengan England ini telah menjadi realiti dan ia merupakan penampilan terbaik Croatia dalam bola sepak,” katanya.

BACA: Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA

Croatia menang 2-1 ke atas England setelah permainan diheret ke masa tambahan selepas terikat seri 1-1 dalam masa sebenar perlawanan.

Pada perlawanan akhir piala dunia, Croatia akan bertemu Perancis pada 15 Julai (Ahad), pada dukul 11 malam.

http://www.astroawani.com/berita-sukan/pasukan-mayat-hidup-croatia-buktikan-dengan-kemenangan-180286
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA