Update 08:39 date 20/07/2018
SUKAN | 03 Jul, 2018 | 12:30

‘Patutnya gol itu tak dikira’

Doucoure yang jelas menggunakan tangan untuk menolak bola masuk ke gawang Southampton. GOL penyamaan minit-minit akhir Abdoulaye Doucoure mencetus kontroversi pada pertemuan di antara Southampton dan Watford malam tadi. Ini berikutan, rakaman jelas menunjukkan Doucoure menggunakan tangan untuk menolak masuk bola itu ke gawang Southampton dan bukannya kepalanya. Pengadil dan pembantu bagaimanapun tidak dapat mengesan […]

Doucoure yang jelas menggunakan tangan untuk menolak bola masuk ke gawang Southampton.

GOL penyamaan minit-minit akhir Abdoulaye Doucoure mencetus kontroversi pada pertemuan di antara Southampton dan Watford malam tadi.

Ini berikutan, rakaman jelas menunjukkan Doucoure menggunakan tangan untuk menolak masuk bola itu ke gawang Southampton dan bukannya kepalanya.

Pengadil dan pembantu bagaimanapun tidak dapat mengesan kesalahan itu sebaliknya mengesahkan gol tersebut yang menjadikan kedua-dua pasukan seri 2-2 dan tepaksa berkongsi satu mata.

Mengulas insiden tersebut, pemain Watford, Troy Deeney mengakui pasukannya mungkin tidak akan dapat membawa pulang satu mata jika video bantuan pengadil (VAR) dilaksanakan.

“Saya menghantar bola kepadanya, jadi saya tidak dapat melihat dengan jelas insiden itu.

“Tapi saya yakin, jika VAR dilaksanakan dalam perlawanan ini kami mungkin tidak akan bernasib baik seperti malam ini,” katanya.

Sebelum ini, pengurus Southampton, Mauricio Pellegrino telah menggesa VAR diadakan secepat mungkin dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas kecewa dengan keputusan yang meragut tiga mata daripada pasukannya.

“Saya tidak pernah melihat pengadil melakukan kesilapan seperti ini sebelum ini. Ketidakadilan ini sangat berat untuk kami.

“Saya berharap VAR akan segera dilaksanakan untuk membantu liga ini dalam membuat keputusan yang lebih tepat oleh pengadil,” katanya.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/patutnya-gol-itu-tak-dikira/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA