Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd. Kamal Mohd. Timar, pejabat itu terletak di tingkat empat salah sebuah bangunan di pusat pengajian tersebut.

Katanya, kejadian itu disedari oleh salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di politeknik berkenaan.

“Pihak bomba menerima maklumat tentang kebakaran itu pada pukul 6.15 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian.

“Ketika itu api sedang marak membakar semua peralatan dan kelengkapan di dalam pejabat,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson dan Seremban 2 terlibat dalam kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Ujarnya, tiada kecederaan dilaporkan dan pihak bomba telah menutup tingkat empat bangunan itu manakala tingkat satu hingga tiga selamat digunakan. – UTUSAN ONLINE