Seorang pembeli, K. Chandran mendakwa, pembeli berasa tertipu selepas bangunan kediaman menempatkan 1,226 unit itu tidak dicat dengan warna asal seperti yang dijanjikan di dalam risalah dan rumah contoh.

“Jelas sekali cat yang digunakan ini telah ditukar dengan cat yang berkualiti rendah dan penggunaan warna juga berbeza daripada apa dijanjikan sebelum ini.

“Cat ini langsung tidak menepati standard bangunan residensi bertaraf kondominium sebaliknya seperti rumah kos rendah,” katanya ketika sidang akhbar di hadapan bangunan Residensi Sky Awani 1, di sini hari ini.

Menurutnya, dia dan beberapa orang pembeli lain pernah beberapa kali cuba membuat aduan di pejabat pemaju untuk mendapatkan penjelasan namun gagal kerana pemaju enggan memberikan kerjasama. – UTUSAN ONLINE