Update 08:13 date 17/08/2018
SUKAN | 11 Aug, 2018 | 07:02

Pemangku Raja Pahang ingatkan graduan Kuipsas persiapkan diri dengan pelbagai kemahiran

KUANTAN – Graduan pada masa kini diingatkan agar mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran sampingan dan bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan yang tercatat pada segulung sijil semata. Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam era yang penuh dengan persaingan, graduan perlu memiliki ciri-ciri lain seperti pemikiran kreatif, inovatif, kebolehan membuat keputusan dan bersikap […]

KUANTAN – Graduan pada masa kini diingatkan agar mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran sampingan dan bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan yang tercatat pada segulung sijil semata.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam era yang penuh dengan persaingan, graduan perlu memiliki ciri-ciri lain seperti pemikiran kreatif, inovatif, kebolehan membuat keputusan dan bersikap berani mencuba.

"Kelebihan dimiliki ini mampu memberi nafas kepada mereka untuk menghadapi era Revolusi Industri 4.0, namun semua ciri-ciri positif itu perlu ditunjangi dengan keperibadian mulia serta jiwa yang kental dalam mendepani cabaran mendatang," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-17 Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di Bukit Gambang Resort City di sini hari ini.

Teks titah diraja dibacakan Menteri Besar Pahang merangkap Pro Canselor KUIPSAS Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu seramai 388 graduan daripada 17 kursus diploma KUIPSAS menerima sijil masing-masing.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn Bhd Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Rektor KUIPSAS Datuk Yahya Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut berbangga dengan pencapaian KUIPSAS yang terus giat memperkasa peranannya sebagai pusat penyebaran ilmu dengan memperluas penawaran program pengajian menepati keperluan semasa.

"KUIPSAS juga terus melebarkan jaringan kerjasama dengan IPT tempatan dan luar negara khususnya Universiti Al-Azhar di Mesir dan beberapa universiti di Jordan serta Indonesia.

"Terkini, KUIPSAS juga terlibat aktif dalam Asian Islamic Universities Association (AIUA) yang dianggotai lebih 80 universiti tempatan dan luar negara," titah baginda.

Baginda turut berharap agar KUIPSAS dapat terus merangka pelan jangka panjang bagi memastikan usaha dan sumber yang ada dapat dipacu dengan baik dalam mempersiapkan institusi ini menghadapi cabaran pada masa akan datang.- Bernama

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pemangku-raja-pahang-ingatkan-graduan-kuipsas-persiapkan-diri-dengan-pelbagai-kemahiran/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA