Update 21:37 date 15/08/2018
BERITA | 02 Jul, 2018 | 13:32

Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR – Azmi

AZMIN: Beliau telah menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan berintegriti. – Astro AWANI SHAH ALAM: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan pemergian ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie merupakan kehilangan besar buat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Baginya, segala kerja keras yang diusahakan Shuhaimi banyak membantu PKR dalam memenangi Pilihan Raya Umum lalu. […]

Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR - Azmi

AZMIN: Beliau telah menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan berintegriti. – Astro AWANI

SHAH ALAM: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan pemergian ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie merupakan kehilangan besar buat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baginya, segala kerja keras yang diusahakan Shuhaimi banyak membantu PKR dalam memenangi Pilihan Raya Umum lalu.

“Saya mengenali beliau secara peribadi dan membantu saya sebagai setiausaha politik dan beliau telah menjalankan tugas dengan jujur, amanah, berintegriti dan telah buktikan bahawa perjuangan ini mesti diteruskan dan kehilangan ini amat saya terasa secara peribadi,” katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Seksyen 21 pada Isnin.

BACA: ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie meninggal dunia

Jelasnya lagi, beliau telah meminta Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari untuk memberikan bantuan sewajarnya untuk anak-anak Allahyarham.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pula mengenali Shuhaimi sebagai seorang yang lemah lembut dalam segala tindakannya.

“Dia tidaklah keras berpidato seperti saya, kalau bercakap tu macam bagi taklimat.

“Tapi, saya melihat beliau sebagai seorang yang kuat bekerja dan banyak yang dilakukannya di peringkat akar umbi,” katanya selepas menziarahi keluarga Allahyarham di sini pada Isnin.

Allahyarham Shuhaimi berjaya memenangi PRU lalu dengan majoriti 12,480.

Namun, beliau tidak sempat menghadiri Mesyuarat Penggal Pertama DUN atas faktor kesihatan.

BACA: Sebelum kritikal, dia nak saya rahsiakan situasi sakitnya – Isteri Shuhaimi Shafie

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemergian-mat-shuhaimi-kehilangan-besar-buat-pkr-azmi-179458
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA