BAKHTIAR MOHD YUSOF mangsa kemalangan di jalan raya Kampung Batu 3 Padang Geh Jalan Kuala Ketil - B
BAKHTIAR MOHD YUSOF mangsa kemalangan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penguasa Kanan Bomba II, Ramli Mad Saad berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dalam kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Amanjaya, Sungai Petani digegaskan ke tempat kemalangan dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit.

“Isteri mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga itu, Nor Siah Aliyasar, 46, berasal dari Pekan Baru, Baling dan anak lelakinya, Amir Irfan Mat Radzi, 10, di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan,†katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kemalangan berlaku semasa kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menuju ke Baling.

“Manakala seorang Pegawai Penerangan Daerah Baling, Azfariza Ismail, 42, yang memandu kereta Nissan Almera turut dimasukkan ke HSAH Sungai Petani akibat kecederaaan dalam kemalangan itu.

“Manakala mangsa yang meninggal dunia di HSAH Sungai Petani dihantar ke Felda Pasoh 2, Negeri Sembilan untuk urusan pengkebumian,†katanya. – UTUSAN ONLINE