Update 19:35 date 22/09/2018
SUKAN | 13 Jul, 2018 | 03:30

Pengadil Argentina adili aksi final

FIFA telah menamakan pengadil Argentina, Nestor Pitana untuk mengadili perlawanan akhir Piala Dunia 2018 membabitkan Perancis dan Croatia. Pengadil berusia 43 tahun itu telah mengadili perlawanan pembukaan Rusia dan Arab Saudi selain turut terlibat dalam aksi kalah mati membabitkan Denmark dan Croatia serta aksi suku akhir Perancis dan Uruguay. Pitana akan dibantu oleh Hernan Maidana […]

FIFA telah menamakan pengadil Argentina, Nestor Pitana untuk mengadili perlawanan akhir Piala Dunia 2018 membabitkan Perancis dan Croatia.

Pengadil berusia 43 tahun itu telah mengadili perlawanan pembukaan Rusia dan Arab Saudi selain turut terlibat dalam aksi kalah mati membabitkan Denmark dan Croatia serta aksi suku akhir Perancis dan Uruguay.

Pitana akan dibantu oleh Hernan Maidana dan Juan Belatti sebagai pembantu pengadil kedua dan ketiga selain Bjorn Kuipers sebagai pengadil keempat pentas akhir edisi ke-21 itu.

Aksi akhir di antara Perancis dan Croatia akan berlangsung Ahad ini bertempat di Stadium Luzhniki, Moscow.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pengadil-argentina-adili-aksi-final/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA