Update 23:49 date 22/07/2018
SUKAN | 03 Jul, 2018 | 21:02

Pengalaman bantu Real catat kemenangan selesa

Ronaldo yakin kemenangan selesa 3-1 ke atas PSG mampu meningkatkan keyakinan pasukannya pada aksi timbal balik awal bulan depan. PENGALAMAN beraksi di Liga Juara-juara Eropah banyak membantu Real Madrid dalam mencatat kemenangan pertama 3-1 ke atas Paris Saint-Germain di Santiago Bernabeu awal pagi tadi. Itu yang diungkapkan pemainnya, Cristiano Ronaldo yang berjaya menjaringkan dua gol […]

Ronaldo yakin kemenangan selesa 3-1 ke atas PSG mampu meningkatkan keyakinan pasukannya pada aksi timbal balik awal bulan depan.

PENGALAMAN beraksi di Liga Juara-juara Eropah banyak membantu Real Madrid dalam mencatat kemenangan pertama 3-1 ke atas Paris Saint-Germain di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Itu yang diungkapkan pemainnya, Cristiano Ronaldo yang berjaya menjaringkan dua gol untuk membawa bekalan selesa pada aksi timbal balik di Parc des Princes, 7 Mac nanti.

Menurutnya, kemenangan ini sangat penting untuk membantu pasukannya mendapat keyakinan agar mampu melangkah ke pusingan suku akhir.

“Kami bermula dengan sangat baik walaupun dibolosi satu gol. Kemenangan ini sangat penting untuk keyakinan kami bagi menghadapi perlawanan timbal balik nanti.

“Walaupun PSG sebuah pasukan yang sangat berbahaya, tapi saya percaya kami mempunyai lebih banyak pengalaman beraksi di Liga Juara-juara Eropah berbanding mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus Real, Zinedine Zidane turut senada dengan Ronaldo.

“Kami mempunyai 12 trofi dari Eropah dan ini sangat membantu kami mendapatkan rentak dalam kejohanan ini.

“Kami juga selaku juara bertahan sudah tentu mahu membuktikan sesuatu pada kejohanan tahun ini,” ujarnya.

Dalam perlawanan itu, Los Blancos terlebih dahulu ketinggalan apabila Adrien Rabiot berjaya meletakkan PSG di depan pada minit ke-33.

Namun, Ronaldo berjaya mengikat kembali kedudukan di penghujung babak pertama menerusi sepakan penalti sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-83.

Ronaldo dan Neymar Jr selepas tamat perlawanan.

Marcelo menambah duka Les Parisiens apabila menjaringkan gol empat minit sebelum perlawanan tamat sekali gus memberikan bekalan selesa dua gol untuk dibawa ke Parc des Princes bulan depan.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pengalaman-bantu-real-catat-kemenangan-selesa/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA