Update 14:01 date 18/09/2018
DUNIA | 14 Sep, 2018 | 15:02

Pengeluaran ‘si kumbang’ Beetle dihentikan

Kumpulan Volkswagen Amerika dalam satu kenyataan memberitahu, pengeluaran global kereta Bug akan berakhir pada Julai tahun depan dan mengumumkan dua model edisi akhir. BERLIN: Pengeluar kereta Volkswagen Jerman akan menghentikan pengeluaran global kenderaan ikonik Beetle selepas hampir tujuh dekad jualan di Amerika Syarikat (AS). Kumpulan Volkswagen Amerika dalam satu kenyataan memberitahu, pengeluaran global kereta ‘Bug’ […]

Pengeluaran 'si kumbang' Beetle dihentikan

Kumpulan Volkswagen Amerika dalam satu kenyataan memberitahu, pengeluaran global kereta Bug akan berakhir pada Julai tahun depan dan mengumumkan dua model edisi akhir.

BERLIN: Pengeluar kereta Volkswagen Jerman akan menghentikan pengeluaran global kenderaan ikonik Beetle selepas hampir tujuh dekad jualan di Amerika Syarikat (AS).

Kumpulan Volkswagen Amerika dalam satu kenyataan memberitahu, pengeluaran global kereta ‘Bug’ akan berakhir pada Julai tahun depan dan mengumumkan dua model edisi akhir.

“Kehilangan Beetle selepas tiga generasi atau lebih tepat hampir tujuh dekad akan membangkitkan pelbagai emosi kepada peminat setianya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif unit itu, Hinrich Woebcken.

Setakat ini, Volkswagen belum mempunyai rancangan untuk menggantikannya.

Beetle diperkenalkan Nazi Jerman pada tahun 1938 selepas Adolf Hitler meminta jurutera automatifnya, Ferdinand Porsche menghasilkan kereta rakyat. – Al Jazeera

 
 

http://www.astroawani.com/berita-dunia/pengeluaran-si-kumbang-beetle-dihentikan-185625
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA