KUALA LUMPUR, 13 Januari 2016 - Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten
Asisten Komisioner R. Munusamy

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun sedang berjalan untuk ke kereta sambil membawa beg galas berisi wang tunai sebelum didatangi tiga lelaki.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa bergelut dengan suspek mengakibatkan dia ditikam beberapa kali di badan.

“Anggota balai bergerak yang berada berdekatan lokasi datang membantu dan seorang suspek warga Myanmar berusia 21 tahun yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami lima kesan luka tikaman di bahu, pinggang dan dagu,†katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Munusamy, polis sedang giat mengesan dua lagi rakan suspek.-UTUSAN ONLINE