SINGLE terbaharu Datuk Aliff Syukri bersama Nur Sajat dan penyanyi dari Indonesia, Lucinta Luna, Bobo Di Mana,  sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa sebagai lagu ciplak dan digunakan tanpa kebenaran.

Penyanyi asal lagu tersebut, Roy Ricardo, yang juga merupakan rapper dari Indonesia meluahkan rasa kesalnya apabila lagu yang dirakamkan pada tahun 2014 dengan judul Semalam Bobo Di Mana itu telah telah diambil dan diolah tanpa kezinkan daripadanya.

Menerusi sebuah video  yang dikongsikan, Roy turut menunjukkan bukti lagu versi asal yang dinyanyikannya sebelum ni.

“Tolong kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan! Lucinta Luna yang telah memakai jargon saya, tagline saya dan lagu saya, saya ingin menyatakan yang lagu ini adalah lagu saya. Tolong minta izin saya dahulu sebelum menggunakannya,†luahnya.

Terdahulu sebelum itu, Andy Bernadee juga pernah menggunakan melodi lagu tersebut untuk singlenya yang berjudul Semalam Sahur Di Mana.

Bagaimanapun Roy memuji tindakan, Andy dan pihak pengurusannya yang terlebih dahulu meminta keizinan daripadanya sebelum lagu tersebut release.