Update 02:29 date 20/09/2018
DUNIA | 11 Jul, 2018 | 22:02

Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia

Raj Karim berkata perancangan keluarga secara sukarela dan selamat membantu mengurangkan risiko kematian maternal dan kecacatan bayi disebabkan kehamilan dan kelahiran terlalu awal. – Astro AWANI KUALA LUMPUR: Bertemakan ‘Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia’, Hari Penduduk Sedunia disambut di seluruh dunia hari ini. Tema ini dipilih kerana ia adalah hak keluarga terutamanya wanita untuk […]

Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia

Raj Karim berkata perancangan keluarga secara sukarela dan selamat membantu mengurangkan risiko kematian maternal dan kecacatan bayi disebabkan kehamilan dan kelahiran terlalu awal. – Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Bertemakan ‘Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia’, Hari Penduduk Sedunia disambut di seluruh dunia hari ini.

Tema ini dipilih kerana ia adalah hak keluarga terutamanya wanita untuk merancang dan menjarakkan kehamilan sekali gus memastikan ibu dan anak memperoleh manfaat kesihatan yang optimum.

Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim berkata perancangan keluarga secara sukarela tidak hanya membantu mengurangkan risiko kematian maternal serta kecacatan bayi disebabkan kehamilan dan kelahiran terlalu awal tetapi membantu mengurangkan kadar kemiskinan sesebuah negara.

“Anda boleh merancang tetapi jangan melahirkan anak-anak terlalu awal. Jangan terlalu cepat.

“Kami memang tidak menggalakkan untuk melahirkan anak-anak apabila mereka kurang daripada 19 tahun dan lebih daripada 45 tahun.

“Jarak antara anak-anak haruslah sekurang-kurangnya dua tahun. Jangan terlalu cepat, terlalu lambat dan rapat,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan 100 Hari Malaysia Baharu di Astro AWANI pada Rabu.

Raj turut menegaskan bahawa perancangan keluarga memang mendatangkan banyak faedah namun, amalan itu di negara ini masih di peringkat sederhana.

“Kami memang tidak begitu faham mengapa kebiasaan penggunaan kontraseptif di Malaysia semakin kurang.

“Saya rasa dari segi pengetahuan, mereka mempunyai maklumat dan tahu mengenai kepentingan perancangan keluarga.

“Mereka mungkin tidak mengamalkannya disebabkan oleh persepsi. Mungkin mereka takut jika mereka mengambil pil, mereka akan menjadi gemuk dan ada juga suami yang tidak membenarkan,” tambahnya.

Sambutan Hari Penduduk Sedunia ini dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1989.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/perancangan-keluarga-adalah-hak-asasi-manusia-180202
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA