Update 21:31 date 15/08/2018
SUKAN | 02 Aug, 2018 | 04:02

Pergantungan Nasri ditambah, enam bulan kepada 18 bulan

Samir Nasri HUKUMAN penggantungan berhubung kes doping bekas pemain tengah Perancis Samir Nasri dilanjutkan kepada 18 bulan, berbanding enam bulan sebelum ini. Perkembangan itu diumumkan oleh badan induk Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), hari ini. Menurut UEFA, setelah menerima laporan penuh berhubung etika pemeriksaan disiplin lengkap, pihaknya mendapati hukuman enam bulan yang dikenakan kepada Nasri […]

Samir Nasri

HUKUMAN penggantungan berhubung kes doping bekas pemain tengah Perancis Samir Nasri dilanjutkan kepada 18 bulan, berbanding enam bulan sebelum ini.

Perkembangan itu diumumkan oleh badan induk Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), hari ini.

Menurut UEFA, setelah menerima laporan penuh berhubung etika pemeriksaan disiplin lengkap, pihaknya mendapati hukuman enam bulan yang dikenakan kepada Nasri terlalu ringan.

Pemain berusia 31 tahun itu yang ketika ini tidak terikat dengan sebarang kelab digantung selama enam bulan pada Februari, selepas menerima rawatan memasukkan cecair ke dalam badan di sebuah klinik di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2016.

Tindakan bekas pemain Manchester City itu menyalahi peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Nasri pernah membawa kes berkenaan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), tetapi rayuannya ditolak pada Disember lalu, sekali gus membenarkan UEFA meneruskan kes tatatertib terhadapnya.

Pasukan terakhir yang disertai Nasri ialah kelab Turki, Antalyaspor Ogos lalu.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pergantungan-nasri-ditambah-enam-bulan-kepada-18-bulan/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA