MELAKA TENGAH – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memperluaskan Pavilion Gadjet Angkasa Digital Store ke negeri lain.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, jualan produk gajet dilihat mampu memperkasa perniagaan tersebut dalam kalangan ahli koperasi lebih-lebih lagi terdapat 14,000 ahli di bawah Angkasa seluruh negara.

Menurutnya, langkah itu juga mampu memantapkan perniagaan ahli koperasi selain mengurangkan penglibatan orang tengah dan lebih penting wujud peluang tawar-menawar dalam menye­diakan produk kepada ahli koperasi dengan harga berpatutan dan berkualiti.

“Kita nak buka lagi supaya lebih ramai ahli-ahli sertai. Sebelum ini kita buat di Kuala Lumpur jadi orang luar Kuala Lumpur kena datang ke Kuala Lumpur untuk dapatkan barang.

“Setakat ini di negeri belum ada, lagi pun ia baru dilaksanakan jadi kita nak tengok dan masih belajar bagi membolehkan kita dapat barang benar-benar berkualiti selain mengu­rangkan terlalu banyak orang tengah,†katanya.

Abdul Fattah berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program perasmian pe­nutup Pembangunan Perniagaan Koperasi Zon Selatan di Hotel Kobemas di Ayer Keroh, semalam.

Dalam perkembangan lain, Fattah berkata, pihaknya meminta kerajaan segera menetapkan kementerian bersesuaian bagi membolehkan pihaknya merencana program dengan lebih berkesan bagi manfaat ahli.

“Sehingga kini kita masih tertanya-tanya mengenai kedudukan koperasi setelah nama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ditukar namanya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),†katanya.