Update 13:23 date 18/09/2018
SUKAN | 14 Sep, 2018 | 07:11

Pertarungan Amirul dan Brandon dijangka panas

PERTEMBUNGAN petinju negara, Mohd Amirul Ariffin yang berdepan bintang muda Singapura, Brandon Ng bagi merebut gelaran juara dalam kategori 66kg pada Asia Fighting Championship (AFC) 21 September ini di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) bakal menjanjikan aksi sengit. Bagi Amirul Ariffin, dia mahu membuktikan keupayaan sebenar biarpun tahu ianya bukan pertarungan yang mudah […]

PERTEMBUNGAN petinju negara, Mohd Amirul Ariffin yang berdepan bintang muda Singapura, Brandon Ng bagi merebut gelaran juara dalam kategori 66kg pada Asia Fighting Championship (AFC) 21 September ini di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) bakal menjanjikan aksi sengit.

Bagi Amirul Ariffin, dia mahu membuktikan keupayaan sebenar biarpun tahu ianya bukan pertarungan yang mudah jika dilihat dari segi fizikal lawan.

"Saya tidak pernah bertemu Brandon, tapi apa yang saya tahu dia adalah petinju yang memiliki kelebihan fizikal dari segi ketinggian. Jadi saya perlu mencari taktik dan teknik yang sesuai untuk menghadapi dia nanti.

“Sebelum ini, saya juga menyertai AFC di Singapura dan menang dengan petinju dari Korea. Jadi, ini adalah kali kedua saya beraksi dalam kejohanan ini,” jelasnya yang dikenali dengan nama jolokannya “Ban Mero”.

Menyedari tugasnya agak sukar biarpun pengalaman jelas lebih memihak kepadanya, Amirul yang pernah dua kali mewakili negara dalam pentas Sukan Sea giat menjalani latihan sebagai persiapan.

“Masih terikat dengan majikan (PDRM). Apapun saya akan memohon untuk menyertai latihan pusat segera dan berlatih bersama Mohd Ali Yaakub serta rakan-rakan petinju lain sehinggalah ke hari pertarungan.

“Saya tidak mengambil mudah aksi ini kerana saya pernah melihat Brandon bertarung," tegasnya.

Brandon Ng juga pernah menyertai edisi sulung AFC lalu di Marina Bay dan dia berjaya menang ke atas lawannya dari Korea Selatan, Chooi Hoon dan menjadi harapan peminat di Singapura bagi menggegar pentas antarabangsa.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pertarungan-amirul-dan-brandon-dijangka-panas/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA