Sehingga kini, Ahli Parlimen Pekan itu serta peguambela dan barisan pendakwa yang diketuai oleh Peguam Negara, Tommy Thomas masih belum kelihatan.

Najib dilaporkan akan didakwa dalam pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Kira-kira 100 orang pegawai dan anggota polis berada di perkarangan kompleks mahkamah bagi mengawal kenteteraman dan keselamatan di sini.

Terdahulu di mahkmah yang sama, Najib mengaku tidak bersalah di atas 4 pertuduhan pecah aman dan penyalahgunaan kuasa juga berkaitan dengan syarikat SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE