Update 03:54 date 20/08/2018
POLITIK | 16 Jul, 2018 | 05:00

PH Sarawak rangka strategi awal hadapi PRN

Chong Chieng Jen berkata 29 kerusi dijangka diagih kepada DAP, 40 untuk PKR dan 13 lagi untuk Amanah. -Gambar fail KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengatur formula khas dan menurunkan kesemua calon di 82 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memberi laluan mudah menawan tampuk pentadbiran negeri itu. Pengerusinya, Chong […]

PH Sarawak rangka strategi awal hadapi PRN

Chong Chieng Jen berkata 29 kerusi dijangka diagih kepada DAP, 40 untuk PKR dan 13 lagi untuk Amanah. -Gambar fail

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengatur formula khas dan menurunkan kesemua calon di 82 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memberi laluan mudah menawan tampuk pentadbiran negeri itu.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata untuk itu, 29 kerusi dijangka diagih kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), 40 untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 lagi untuk Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) itu berkata, strategi awal itu dirangka sebagai sebahagian jentera siap siaga PH Sarawak.

“Kita akan menyelesaikan masalah pertindihan kerusi seperti berlaku sebelum ini.

“Yang utama, kita akan memastikan kemenangan PH di negeri ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, malam tadi.

PH juga menempatkan calonnya di dua kerusi kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menang tanpa bertanding pada PRN lepas iaitu Bukit Kota dan Bukit Sari.

Chieng Jen bagaimanapun berhasrat melepaskan kerusi Kota Sentosa jika ada calon berpotensi menang pada PRN yang dijangka diadakan pada tahun 2021.

http://www.astroawani.com/berita-politik/ph-sarawak-rangka-strategi-awal-hadapi-prn-180573
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA