Update 02:13 date 23/07/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 07:06

Piala AFF B-19: Aura jurulatih Croatia bangkit semangat pemain tewaskan Indonesia

PETALING JAYA: Skuad Bawah 19 Tahun kebangsaan boleh mengulangi rekod ke final sekiranya bijak menjinakkan tuan rumah dalam aksi separuh akhir pada malam Khamis. Skuad bimbingan Bojan Hodak ini bakal berdepan dengan Indonesia di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo pukul 8 malam ini. Walaupun sedar bermain di tempat lawan yang pastinya akan dipenuhi penyokong, pengalaman pemain […]

PETALING JAYA: Skuad Bawah 19 Tahun kebangsaan boleh mengulangi rekod ke final sekiranya bijak menjinakkan tuan rumah dalam aksi separuh akhir pada malam Khamis.

Skuad bimbingan Bojan Hodak ini bakal berdepan dengan Indonesia di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo pukul 8 malam ini.

Walaupun sedar bermain di tempat lawan yang pastinya akan dipenuhi penyokong, pengalaman pemain negara dan ketua jurulatihnya akan menjadi taruhan utama untuk mengatasinya.

Tahun lalu, skuad Malaysia merangkul gelaran naib juara apabila tewas 2-0 kepada Thailand, manakala Indonesia yang merupakan juara edisi 2013 hanya menamatkan saingan di tempat ketiga.

Hodak, pengendali dari Croatia dijangka sudah memahami rentak lawan dalam mencuba nasib untuk ke final.

Sedikit sebanyak aura kejayaan Croatia mara ke final apabila menewaskan England dalam saingan separuh akhir awal pagi ini pastinya menjadi inspirasi buat Hodak untuk melihat situasi sama dalam pasukannya.

“Sudah tentu ia menjadi sumber inspirasi buat saya, dan berharap semangat itu dapat menjadi contoh kepada pemain Malaysia untuk menang.

“Saya sudah memberitahu kepada mereka supaya sentiasa fokus, lupakan penyokong-penyokong lawan dan bersabar,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Foto kredit: Sportflex Malaysia

Selain itu penolong jurulatih, Hairuddin Omar memang menjangkakan Croatia akan mara ke final bertemu Perancis.

“Merek pemain-pemain yang berkualiti. Saya hormati semangat  berpasukan mereka.

“Walaupun negara kecil hanya 4 juta penduduk, tetapi mereka telah buktikan bola sepak Croatia telah berjaya.

“Mereka juga melahirkan ramai pemain kelas dunia yang beraksi bersama kelab-kelab gergasi.

“Dan untuk final ini, saya memilih Croatia berdasarkan perkara tersebut.

“Lagipun ketua jurulatih kita berasal dari negara itu,” jelasnya.

Tambah Hairuddin, dia berharap pemain-pemain muda negara akan cekal dan bersemangat dalam aksi penentuan ke final malam ini.

Sebagai rekod, pasukan B-19 negara tidak pernah merangkul gelaran juara selepas lima kali (2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017) muncul sebagai naib juara.

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/07/12/hodak-croatia
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA