Update 18:11 date 21/09/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 02:30

Pickford kecewa rakan sepasukan gagal manfaat peluang jaring gol

PENJAGA gol England, Jordan Pickford menyifatkan kekalahan pasukannya di tangan Croatia pada aksi separuh akhir berpunca daripada kegagalan menterjemahkan peluang keemasan menjadi gol. Pickford berkata, di separuh masa pertama selepas mendahului satu gol hasil jaringan Kieran Trippier, pasukannya memperoleh banyak peluang terhidang, namun ianya gagal disempurnakan untuk mereka selesa mendahului. “Kami memperoleh beberapa peluang terbaik […]

PENJAGA gol England, Jordan Pickford menyifatkan kekalahan pasukannya di tangan Croatia pada aksi separuh akhir berpunca daripada kegagalan menterjemahkan peluang keemasan menjadi gol.

Pickford berkata, di separuh masa pertama selepas mendahului satu gol hasil jaringan Kieran Trippier, pasukannya memperoleh banyak peluang terhidang, namun ianya gagal disempurnakan untuk mereka selesa mendahului.

“Kami memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Jika kami berjaya menjaringkan lebih banyak gol di separuh masa pertama kami mungkin boleh memenangi perlawanan ini.

“Menentang Croatia, kami sudah menyedari kualiti mereka di barisan serangan yang mana mereka telah menunjukkannya di separuh masa kedua apabila mereka memperoleh gol penyamaan dan gol kemenangan di masa tambahan. Jadi, itulah harga yang perlu kami bayar,” katanya.

Dalam pada itu, penjaga gol Everton itu turut mempersoalkan gol penyamaan jaringan Ivan Perisic pada minit ke-68 yang mana beliau menyifatkan pemain Inter Milan itu telah mengangkat kaki terlalu tinggi untuk menjaringkan gol itu.

“Saya sentiasa berusaha untuk membantu pasukan, tetapi pada ketika itu saya berdepan situasi satu lawan satu yang mana saya merasakan kakinya (Perisic) diangkat terlalu tinggi sehingga hampir mengenai Kyle Walker.

“Tapi entahlah. Kita tidak boleh membuat tanggapan sebarangan. Apa yang penting, anda tidak perlu menoleh kebelakang dan harus mengekalkan maruah dan semangat anda sebagai pemain bola sepak,” katanya lagi.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pickford-kecewa-rakan-sepasukan-gagal-manfaat-peluang-jaring-gol/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA