Update 19:53 date 17/08/2018
SUKAN | 10 Aug, 2018 | 12:16

PKNP FC perlu elak kesilapan jumpa Sabah

Pemain PKNP FC perlu lebih tajam di depan gol SHAHRIZAL AHMAD ZAINI PKNP FC dijangka menerima tentangan sengit pada aksi kedua peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia berdepan Sabah di Stadium Likas, malam esok. Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim berkata, biarpun kedua-dua pasukan mendapat keputusan positif bagi aksi pertama lalu, skuad Badak itu pastinya mahu meraih mata […]

Pemain PKNP FC perlu lebih tajam di depan gol

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

PKNP FC dijangka menerima tentangan sengit pada aksi kedua peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia berdepan Sabah di Stadium Likas, malam esok.

Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim berkata, biarpun kedua-dua pasukan mendapat keputusan positif bagi aksi pertama lalu, skuad Badak itu pastinya mahu meraih mata di hadapan penyokong sendiri.

Justeru katanya, kesebelasan PKNP FC dingatkan untuk mengekalkan fokus di sepanjang perlawanan selain mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan.

“Pertemuan yang pasti sengit untuk kedua-dua pasukan.  Sabah pastinya mahu meraih mata  setelah lama tidak beraksi dalam saingan Piala Malaysia.

“Tambahan pula dengan kesebelasan pemain  termasuk pemain import yang lengkap, Sabah pasti akan berusaha keras untuk mencatatkan kemenangan,†katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Abu Bakar sekali lagi bakal mempertaruhkan kesebelasan muda pada perlawanan berkenaan apabila beberapa pemain tidak dapat diturunkan akibat kecederaan serta penggantungan perlawanan.

Bagaimanapun katanya, kesebelasan yang diturunkan kelak, diharap mampu menggalas tugas serta tanggungjawab yang ditinggalkan rakan sepasukan dengan baik bagi membawa pulang sebarang mata.

“Pemain telan diingatkan sebarang kesilapan dan kelekaan pasti akan dihukum.  Oleh itu, berikan fokus sepenuhnya  hingga ke wisel penamat,†katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pknp-fc-perlu-elak-kesilapan-jumpa-sabah/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA