Update 15:45 date 15/10/2018
SUKAN | 15 Sep, 2018 | 01:02

Pochettino gesa ‘bunuh’ setiap pergerakan pemain Liverpool

Pochettino dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp (kanan). MAURICIO Pochettino menggesa pemain-pemainnya agar dapat ‘membunuh’ pergerakan lawan menjelang perlawanan Tottenham Hotspur bertemu Liverpool pada aksi Liga Perdana Sabtu malam. Selepas tewas 2-1 kepada Watford dua minggu lalu, Pochettino mendesak supaya ‘bangun’ dan mempamerkan prestasi sebenar. “Ia adalah panggilan amaran kepada kami. Pada babak pertama ia seperti […]

Pochettino dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp (kanan).

MAURICIO Pochettino menggesa pemain-pemainnya agar dapat ‘membunuh’ pergerakan lawan menjelang perlawanan Tottenham Hotspur bertemu Liverpool pada aksi Liga Perdana Sabtu malam.

Selepas tewas 2-1 kepada Watford dua minggu lalu, Pochettino mendesak supaya ‘bangun’ dan mempamerkan prestasi sebenar.

“Ia adalah panggilan amaran kepada kami. Pada babak pertama ia seperti permainan testimonial. Ia berkaitan mentaliti, bukan taktik.

“Mentaliti untuk menewaskan Manchester United dan Watford dengan kapasiti sama. Mungkin kami terlepas di situ. Jika kami bermain cara yang sama (bertemu Liverpool), saya pasati akan bercakap di telefon “Houston, kami ada masalah”!.

“Jika bertemu Liverpool di Wembley, anda tidak perlu ada keinginan dan fokus untuk bermain… ia berkaitan dengan sikap dan berkata, “Hey, tolong tengok kami main agresif dan cuba menang”.

“Untuk menang, kami perlu fokus dalam tempoh 95 minit. Jika anda tidak hormat, anda ‘bayar’.

“Kita perlu pergi dan bunuh setiap pergerakan. Lebih agresif. Itu yang saya faham mengenai bola sepak,” katanya.

Spurs bakal turun tanpa kelibat Dele Alli dan Hugo Lloris namun akan dibantu Son Heung-Min dan pemain tengah Harry Winks.

Winks,22, tidak beraksi sejak Februari lalu selepas mengalami kecederaan buku lali dan menjalani pembedahan pada Mei.

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/09/15/pochettino
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA