Update 17:14 date 19/07/2018
SUKAN | 02 Jul, 2018 | 22:30

Pogba akui United makin mantap

Pogba akui United kembali menemui persembahan terbaik selepas menundukkan Stoke City 3-0, awal pagi tadi. MANCHESTER United kembali menemui persembahan terbaik untuk cuba mencatat kemenangan demi kemenangan dalam saingan liga. Pemain tengahnya, Paul Pogba berkata, kebangkitan itu suatu petanda baik apatah lagi saingan liga sudah memasuki fasa yang memerlukan persembahan konsisten dipamerkan pasukan. “Permainan sebegini […]

Pogba akui United kembali menemui persembahan terbaik selepas menundukkan Stoke City 3-0, awal pagi tadi.

MANCHESTER United kembali menemui persembahan terbaik untuk cuba mencatat kemenangan demi kemenangan dalam saingan liga.

Pemain tengahnya, Paul Pogba berkata, kebangkitan itu suatu petanda baik apatah lagi saingan liga sudah memasuki fasa yang memerlukan persembahan konsisten dipamerkan pasukan.

“Permainan sebegini yang perlu diberikan United dan kita berada di landasan terbaik untuk mencabar Manchester City selaku pendahulu liga.

“Pemain juga berjaya membentuk persefahaman yang baik dan barisan pemain serangan juga kembali tajam di depan gol,” katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu, United menguasai 60 peratus perlawanan dan 20 percubaan yang menepati sasaran.

Pogba selaku individu yang menguasai bahagian tengah United juga mencipta dua assist untuk gol Valencia dan Martial.

“Corak permainan saya dalam perlawanan ini lebih bebas dan berkeupayaan untuk fokus dalam menyerang. Saya harap Jose Mourinho akan terus letakkan saya di posisi ini,” katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/pogba-akui-united-makin-mantap/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA