Update 08:16 date 17/08/2018
SUKAN | 10 Aug, 2018 | 09:58

Pogba gembira di Manchester United, dakwa Mourinho

Mourinho: “Pandangan saya, dia (Pogba) tiba pada Isnin dengan bangga, gembira dan keinginan untuk bekerja.” – Gambar fail JOSE Mourinho menyifatkan Paul Pogba gembira untuk kembali ke Manchester United susulan kejayaan dalam Piala Dunia walaupun wujud laporan mengaitkan pemain tengah itu dengan perpindahan ke Barcelona dan Juventus. Pogba memainkan peranan penting dalam skuad bimbingan Didier […]

Pogba gembira di Manchester United, dakwa Mourinho

Mourinho: “Pandangan saya, dia (Pogba) tiba pada Isnin dengan bangga, gembira dan keinginan untuk bekerja.” – Gambar fail

JOSE Mourinho menyifatkan Paul Pogba gembira untuk kembali ke Manchester United susulan kejayaan dalam Piala Dunia walaupun wujud laporan mengaitkan pemain tengah itu dengan perpindahan ke Barcelona dan Juventus.

Pogba memainkan peranan penting dalam skuad bimbingan Didier Deschamps itu sepanjang di Russia dan pemain berusia 25 tahun itu kembali ke sesi latihan United, Isnin lalu, bagi melakukan persiapan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City, awal pagi esok.

Juara LaLiga, Barcelona, dilaporkan berminat untuk membawa Pogba ke Camp Nou tatkala jendela perpindahan masih dibuka sehingga 31 Ogos buat kebanyakan liga utama di Eropah sambil Juve turut menyimpan hasrat sama.

Bagaimanapun, Mourinho menegaskan United tidak bercadang untuk menjual Pogba, pemain yang mereka dapatkan pada 2016, sambil menambah pemain Perancis itu mungkin tidak akan beraksi bertemu Leicester di Old Trafford.

“Pandangan saya, dia tiba pada Isnin dengan bangga, gembira dan keinginan untuk bekerja,” kata Mourinho.

“Dia bekerja dengan hebat pada Isnin, Selasa dan Rrabu. Pogba merupakan salah seorang pemain yang telah saya temui untuk melihat tahap fizikal dan mentalnya.

“Perbualan sama juga saya lalui bersama Ashley Young, Marouane Fellaini dan Jesse Lingard.

“Jika mereka rasa mampu membantu kami berdepan Leicester, mungkin 20 minit, 10 minit atau 30 minit. Kami tidak memiliki banyak penyelesaian dan mahu melakukan apa yang mampu.

“Saya melihat Pogba berada dalam keadaan baik tetapi kami memerlukan pendapat daripada kelompok kecil untuk melihat sama ada mereka mampu membantu. Kami harus cuba mendapatkan persembahan terbaik daripada setiap pemain,” tambahnya.

Mourinho dilihat begitu kecewa dalam percubaan untuk meningkatkan kualiti pasukan menjelang musim baru apabila United gagal mendapatkan khidmat bek tengah baru, yang menyaksikan tawaran saat-saat akhir untuk pemain Atletico Madrid, Diego Godin, ditolak.
 

Untuk lebih banyak lagi berita sukan dan video, klik di sini

http://www.astroawani.com/berita-sukan/pogba-gembira-di-manchester-united-dakwa-mourinho-182681
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA