Pengerusinya Marzuki Yahaya berkata, perkara itu perlu diberi pertimbangan serius dan perlu mendapat kelulusan Majlis Presiden sama ada menerima mereka atau tidak.

Menurutnya, setiap hari banyak permohonan untuk menjadi ahli PPBM diterima pihaknya sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.

“Kami terbuka untuk menerima kemasukan ahli biasa UMNO malah saya yakin mereka akan berubah kepada kami tetapi untuk pimpinan, akan ada tapisan sebelum mereka diterima masuk.

“Semuanya perlu mendapat kelulusan peringkat tertinggi kerana kita tak mahu pemimpin yang masuk ada terpalit skandal,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM Pulau Pinang di Sungai Dua, di sini malam tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. – UTUSAN ONLINE