Update 18:05 date 21/09/2018
BISNES | 12 Jul, 2018 | 12:00

Proton mulakan penghantaran 453 kereta ke Asia Barat

Kumpulan pertama sebanyak 453 kereta dengan pemanduan tangan kiri itu dijangka tiba di Aqaba, Jordan dalam tempoh dua minggu. – Astro AWANI PORT KLANG: Selepas kejayaan perkongsian dengan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dari China, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah mengeksport semula kereta ke Asia Barat bermula dengan 453 unit model Persona dan […]

Proton mulakan penghantaran 453 kereta ke Asia Barat

Kumpulan pertama sebanyak 453 kereta dengan pemanduan tangan kiri itu dijangka tiba di Aqaba, Jordan dalam tempoh dua minggu. – Astro AWANI

PORT KLANG: Selepas kejayaan perkongsian dengan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dari China, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah mengeksport semula kereta ke Asia Barat bermula dengan 453 unit model Persona dan Gen2.

Penghantaran itu telah dibuat secara simbolik melalui satu majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed di pelabuhan Westports di sini hari ini, dengan deretan kereta Proton dipandu memasuki kapal kargo Grand Diamond.

Kumpulan pertama sebanyak 453 kereta dengan pemanduan tangan kiri itu dijangka tiba di Aqaba, Jordan dalam tempoh dua minggu dan akan diedarkan di Asia Barat oleh pengimport kenderaan Jawarhat Al-Bakhet.

Pengeksportan semula Proton menandakan peralihan dalam perniagaan syarikat itu bagi mengembangkan dan mengukuhkan pasaran antarabangsa selepas tidak aktif sejak tiga tahun lepas.

“Selain memastikan kereta Proton terus menguasai pasaran tempatan, kami mensasarkan sektor eksport sebagai fokus utama kami pada masa hadapan.

“Kami mengutamakan eksport kenderaan ke negara-negara ASEAN kerana mereka lebih dekat sebelum memasuki negara lain kerana kami memiliki produk yang sesuai dengan mereka,” katanya.

Eksport Proton terakhir ke Asia Barat adalah ke Mesir pada 2015.

Sementara itu, Pengarah Sektor Pemasaran Antarabangsa Proton, Steven Xu Yuan berkata sebanyak 2,200 kereta Proton disasarkan untuk dieksport ke beberapa buah negara pada tahun ini.

Kualiti kereta Proton telah bertambah baik, menyamai standard mutu Volvo, ini menyebabkan pengimport antarabangsa semakin yakin dengan kereta nasional itu dan bilangan pengedar luar negara yang baharu juga meningkat.

“Kami berharap aktiviti ini akan berkembang dengan pesat dan menjangkakan eksport akan mencecah 100,000 unit (setahun) dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya sambil menambah bahawa Proton sedang merancang untuk membuka kemudahan perkilangan di luar negara selaras dengan sasaran tersebut.

“Jika anda bandingkan dengan mana-mana penanda aras antarabangsa OEM (Pengilang Peralatan Tulen), contohnya Hyundai, mereka menghasilkan tiga juta kereta setiap tahun untuk Korea tetapi pasaran antarabangsa mereka mengeluarkan 4.5 juta kereta melalui kemudahan pembuatan yang terletak secara strategik di enam buah negara.

“Proton juga melihat ke arah yang sama dalam masa terdekat,” katanya.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/proton-mulakan-penghantaran-453-kereta-ke-asia-barat-180295
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA