Pembukaan cawangan kedua syarikat permotoran berkuasa tinggi itu merupakan kedua di bandar raya ini selepas di Taman Molek yang sudah beroperasi sejak 30 tahun lalu.

Cawangan dinamakan QBEEmotor The Garage itu menempatkan bangunan tiga tingkat dengan bahagian bawah mempamerkan model-model motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki dan Suzuki.

Peminat motosikal kuasa besar boleh mendapatkan helmet pelbagai jenama antaranya Nolan dari Italy, Bell Helmets (Amerika Syarikat), MT Helmets (Sepantol) dan NHK Helmets (Indonesia).

Pengarah The QBee Motor Group Sdn. Bhd., Ng Tiong Sew berkata, cawangan baharu itu mempunyai lebih keistimewaan berbanding di Taman Molek ke­rana ruang lebih besar dan luas.

“Bagi mempromosikan ca­wa­ngan ini pihak kami akan mengadakan potongan harga sehingga 25 peratus untuk barangan tertentu selama seminggu dalam masa terdekat.

“Tujuannya bukan sahaja mempromosikan kedai ini tetapi juga mendidik orang ramai tentang ciri-ciri keselamatan semasa menunggang motosikal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran cawangan itu di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan Pengarah Urusan The QBee Motor Group Sdn. Bhd., L. Kumaresan.