SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat masih menyokong beliau.

Katanya, ini berdasarkan apa yang dilihatnya sepanjang proses pendakwaan semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau begitu terharu dengan sokongan yang diterimanya dan mengucapkan terima kasih buat mereka yang senantiasa bersama beliau.

“Sepanjang hampir 24 jam, saya dapat lihat sokongan dari rakyat Malaysia kepada saya sama ada dengan hadir di luar bangunan SPRM, di mahkamah dan di media sosial.

“Saya juga tersentuh dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan, termasuk yang pernah menentang saya pada masa lalu, menyokong saya dan turut menggesa kerajaan untuk memberikan kepada saya layanan yang adil dan menghormati undang-undang.

“Sokongan dan kata-kata anda ini sangat bermakna buat kami pada ketika kami merentasi dugaan dunia ini,†katanya yang dipetik menerusi kenyataan di Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib Razak didakwa hari ini]

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib reda pertuduhan dikenakan terhadapnya]

Dalam perkembangan sama, Najib juga menegaskan bahawa beliau akan berjuang habis-habisan bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

“Sesungguhnya, dengan izin ALLAH, sebagaimana saya perjuangkan hak rakyat, saya akan perjuangkan keadilan untuk diri saya bagi membuktikan saya tidak bersalah pada pertuduhan pertuduhan ini,†katanya.