Update 08:20 date 20/07/2018
BERITA | 06 Jul, 2018 | 12:04

Ramai bimbang hilang kerja susulan pendigitalan

Walaupun majikan di Malaysia mempunyai kesedaran tinggi terhadap pendigitalan, 37% merasakan mereka tidak memiliki kemahiran untuk bersaing. KUALA LUMPUR: Dua daripada lima rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan mereka akan hilang pekerjaan disebabkan pendigitalan, selain melihat ia sebagai ancaman kepada pekerjaan, demikian menurut kajian oleh Workday, penyedia utama perusahaan berasaskan awan. Kajian itu, anjuran bersama firma risikan […]

Ramai bimbang hilang kerja susulan pendigitalan

Walaupun majikan di Malaysia mempunyai kesedaran tinggi terhadap pendigitalan, 37% merasakan mereka tidak memiliki kemahiran untuk bersaing.

KUALA LUMPUR: Dua daripada lima rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan mereka akan hilang pekerjaan disebabkan pendigitalan, selain melihat ia sebagai ancaman kepada pekerjaan, demikian menurut kajian oleh Workday, penyedia utama perusahaan berasaskan awan.

Kajian itu, anjuran bersama firma risikan pasaran global, International Data Corporation (IDC), mendapati walaupun majikan di Malaysia mempunyai kesedaran tinggi terhadap pendigitalan, 37 peratus daripadanya merasakan mereka tidak memiliki set kemahiran untuk bersaing.

Lebih 1,400 majikan dari lapan negara, Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Hong Kong, New Zealand dan Australia, terlibat dalam kajian itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Workday berkata Malaysia merupakan antara tiga negara yang memiliki kesedaran digital tertinggi di Asia Pasifik, dengan 73 peratus responden menjangkakan kecanggihan teknologi memberi impak di tempat kerja.

“Gelombang pendigitalan membawa peluang dan ancaman baharu. Perniagaan di Malaysia mesti melabur dalam bidang latihan dan inisiatif meningkatkan kemahiran bagi memastikan pekerja bersedia untuk berhadapan cabaran mendatang,” kata Pengarah Urusan Asia Tenggara Workday, Jasie Fon.

Kajian itu juga mendapati Malaysia mencatat kadar pusing ganti pekerja tertinggi di rantau ini, dengan 38 peratus responden menyatakan mereka mungkin bertukar kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ia berkata sebab utama bertukar kerja termasuklah gaji dan ganjaran yang lebih tinggi, prospek kerjaya serta keseimbangan antarakerja dan kehidupan.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ramai-bimbang-hilang-kerja-susulan-pendigitalan-179761
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA